login

sihatinfo.com

utama

produk

pelan pemasaran

testimoni

info cellmaxx

stokis

lain-lain

Pengambilan & Tindak Balas

Pada orang yang pertama kali mengambil Cellmaxx samada anda sihat atau sakit, adalah digalakkan untuk mengambil 1 sachet pagi sebelum sarapan dan 1 sachet malam satu jam sebelum tidur untuk 1 kotak pertama iaitu 7 hari. Jika tiada tindak balas maka digalakan untuk mengambil kotak kedua untuk 7 hari lagi. Jika setelah mengambil kedua-dua kotak secara berterusan dan tiada juga tindak balas maka kesihatan badan kita boleh dikatakan mempunyai kesihatan yang optimum. Dan seterusnya pengambilan adalah disyorkan 1 sachet malam sahaja satu jam sebelum tidur untuk tujuan penyelenggaran badan kita.

 

Pada yang ada tindak balas setelah mengambil Cellmaxx, ini bermakna Cellmaxx telah menjumpai masalah yang anda hadapi. Bila Cellmaxx telah menjumpai masalah yang anda hadapi maka ia akan bongkar masalah tersebut dan anda akan mengalami kesakitan pada bahagian yang bermasalah selama beberapa hari. Jika anda tidak tahan akan kesakitan tindak balas tersebut maka anda boleh kurangkan pengambilan dari 2 kali sehari ke 1 hari sekali pada malam hari saja. Bila keadaan kesakitan telah berkurangan maka anda boleh kembali makan 2 kali sehari untuk cepatkan proses pemulihan.

 

Adalah dimaklumkan, adalah lebih baik kita mengharungi tindak balas yang dialami kerana ia hanya mengambil masa dalam beberapa hari saja dan proses pemulihan akan mengambil masa yang cepat. Jika kita kurangkan pengambilan dari 2 kali sehari kepada 1 kali sehari maka proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang lagi.

 

Jika ketika mengambil Cellmaxx ini, anda juga memang mengambil ubat Doktor maka anda dinasihatkan supaya meneruskan mengambil ubat Doktor seperti biasa dan jangan sesekali berhenti daripada mengambilnya. Bila anda pergi check secara berkala dengan Doktor, Doktor yang akan menasihatkan anda samada meneruskan mengambil ubat Doktor atau akan menyuruh untuk mengurangkan pengambilan dos ubat tersebut.

© SihatInfo.com 2016 . Laman ini dikendalikan oleh En. Akmar, hubungi 016-907 9892